Kelas Quivervision AR Coloring

3 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 November 2019 yang lepas, Pusat Internet Sibujaya telah mengadakan Kelas Quivervision AR Coloring di PI Sibujaya yang berlangsung dari jam 9:00 pagi sehingga 1:00 petang. Seramai 7 orang peserta terlibat dalam kelas ini yang memberi pengenalan dan pendedahan kepada teknologi Augmented reality (AR) kepada peserta dengan menggunakan aplikasi online Quivervision AR Coloring secara interactive dengan menggunakan telefon pintar apabila lukisan yang diberikan siap diwarna.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali